1. |
Latarbelakang |
|
|
|
1.1 Pada masa ini terdapat 6 jenis KMK atau PKK sahaja yang perlu mengemukakan lampiran C1, C2 dan C3 semasa permohonan pemeriksaan dibuat bagi tujuan mendapat surat sokongan menduduki bangunan ( certificate of fitness ) . Senarai KMK atau PKK tersebut sepertimana pada borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan ialah ; |
|
|
|
1.1.1 Lampu tanda KELUAR
1.1.2 Lampu Kecemasan
1.1.3 Pintu Api
1.1.4 Fire damper
1.1.5 Fire roller shutte
1.1.6 Cement Sand brick. |
|
|
|
1.2 Manakala Jabatan ini melalui Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan telah memberi Perakuan Bahan bukan sahaja kepada 6 peralatan di atas tetapi tidak meliputi pelbagai KMK atau PKK yang lain seperti firestop, drywall construction, pengesan asap, fire alarm panel dan lain-lain lagi. |
|
|
2. |
Tujuan |
|
|
|
Arahan ini bertujuan untuk : |
|
|
|
2.1 Mempastikan semua KMK atau PKK yang diberi Perakuan Bahan perlu melalui proses yang sama seperti peralatan di para 1.1 di atas apabila di pasang pada sesuatu premis, |
|
|
|
2.2 Mempastikan kesahihan mutu dan ketulenan KMK atau PKK sentiasa terjamin dengan adanya pengesahan pembekal, pemasangan dan juga pengawasan pemasangan oleh pihak professional, |
|
|
|
2.3 Mempastikan hanya KMK atau PKK yang telah mendapat Perakuan Bahan sahaja dibenarkan penggunaannya di premis-premis. |
|
|
|
2.4 Menggalakkan pembekal dan pengeluar KMK atau PKK berusaha mendapatkan Perakuan Bahan. |
|
|
3. |
Kelengkapan Menentang Kebakaran (KMK) atau Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) |
|
|
|
Merujuk sekyen 2, Akta Pekhidmatan Bomba 1988 , |
|
|
|
‘kelengkapan menenetang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran’ ertinya apa-apa kelengkapan atau pepasangan bagi – |
|
|
|
(a) memadam, menentang, mencegah, atau menghadkan kebakaran; |
|
|
|
(b) memberi amaran tentang sesuatu kebakaran; |
|
|
|
(c) mengadakan laluan masuk ke mana-mana premis atau tempat atau ke mana-mana bahagiannya untuk tujuan memadam, menentang, mencegah, atau menghadkan kebakaran; |
|
|
|
(d) mengadakan bekalan kuasa kecemasan sekiranya berlaku gangguan kuasa biasa; |
|
|
|
(e) mengadakan lampu kecemasan untuk tujuan melepaskan diri dari bangunan; |
|
|
|
(f) menunjukkan arah ke suatu laluan kecemasan atau tempat berlindung; atau |
|
|
|
(g) mengadakan jalan keluar yang cukup dan selamat untuk tujuan pengungsian atau pengeluaran penghuni-penghuni sekiranya berlaku kebakaran; |
|
|
4. |
Lampiran C1, C2 dan C3 |
|
|
|
4.1 Lampiran C1 : Sijil Pengilang Membekal/Memasang – iaitu pengesahan pengeluaran atau pembekalan oleh pihak pengilang ke atas KMK atau PKK yang telah mendapat perakuan bahan bagi sesuatu projek. |
|
|
|
4.2 Lampiran C2 : Sijil Pembekal – iaitu pengesahan pembekalan ke atas KMK atau PKK bagi sesuatu projek. |
|
|
|
4.3 Lampiran C3 : Sijil Pengawasan iaitu pengesahan pengawasan pemasangan oleh pihak professional iaitu arkitek atau jurutera bagi mengesahkan pemasangannya menurut spesifikasi dan syarat-syarat perakuan bahan. |
|
|
5. |
Senarai KMK dan PKK Yang Ditetapkan |
|
|
|
5.1 Senarai KMK atau PKK yang perlu mengemukakan Lampiran C1, C2 dan C3 adalah seperti pada lampiran A |
|
|
|
5.2 Senarai ini boleh ditambah atau dikurang dari masa ke semasa mengikut keperluan dan peraturan jabatan. |
|
|
6. |
Pemakaian Arahan ini |
|
|
|
6.1 Arahan Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran Bil 1/2007 ini adalah terpakai bagi tujuan mendapatkan Surat Sokongan Kelayakan Menduduki Bangunan. |
|
|
|
6.2 Pihak-pihak berkenaan perlu mengemukakan lampiran C1, C2 dan C3 bagi setiap KMK atau PKK seperti yang ditetapkan semasa membuat permohonan pemeriksaan bagi tujuan mendapatkan Surat Sokongan Sijil Menduduki Bangunan (CFO). |
|
|
|
6.3 Senarai KMK dan PKK yang perlu dikemukakan Lampiran C1, C2 dan C3 adalah sepertimana Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan. |
|
|
7. |
Borang Senarai Semak Permohonan Pemeriksaan |
|
|
|
Borang senarai semak permohonan pemeriksaan telah dikemaskini menurut arahan pencegah ini. Borangnya seperti pada Lampiran B. |
|
|
8. |
Tarikh Kuatkuasa |
|
|
|
Arahan Pencegah dan Keselamatan Kebakaran Bilangan 1 Tahun 2007 berkuatkuasa serta merta dari tarikh ianya ditandatangani oleh Ketua Pengarah JBPM. |
|
|
9. |
Penutup |
|
|
|
9.1 Adalah diharapkan arahan ini dapat meningkatkan keberkesanan pelindungan kebakaran di premis-premis yang mempunyai Surat Sokongan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO) |
|
|
|
9.2 Ketua Pengarah JPBM berhak untuk meminda arahan ini dari masa ke semasa mengikut keperluannya. |
|
|
Please click here to download our all "Lampiran" files. |